~ AKU ADALAH AKU~

~ILMU PELITA HIDUP~YANG MENERANGI KEHIDUPAN~


Al-FATIHAH

Al-FATIHAH
Fidiyahkanlah Al-Fatihah kepada roh jujungan besar kita semua Nabi Muhammad Rasulullah (s.a.w) ,dan AL-Fatihah kepada ROH diriku Hasyirul Hamqa Bin Atan & seluruh muslimin muslimat mukminin dan mukminat..SEMOGA ROH KITA SEMUA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH AZZA WA JALA

Sunday, November 21, 2010

Aku, Kepayahan dan ALLAH

Aku mendongak ke langit!!
Lalu aku melihat apa yang ada digenggamanku!!
Masih ada yang tidak sempurna!!
Sehingga kini aku belum dapat melaksanakannya!!
Aku merasa payah 
Menanamkannya didalam benak....

Orang lain boleh tidak melepaskannya
Mengapa aku pula membiarkannya berlalu pergi
Aku merasa payahAku tidak mampu
Aku bangkit sekali lagiTernyata masih sama
Apakah takdir buat diriku sememangnya begini
Aku terduduk Maka ALLAh memanggil

Wahai hamba-Ku,Berusaha sehabis dayamu
Hasilnya selepas itu adalah milikmuJangan bersedih
Kerana Aku Maha Tahu
Bukan Aku mencampakkanmu
Ke dalam kehinaan duniaTetapi Aku punya perancangan untukmu
Agar kamu mengenal jalan dunia sebanyak yang mungkin
Maha Suci Engkau Ya Tuhan!
Setelah aku terduduk lesu
Menghitung hari dalam kedukaan
Engkau datangkan ilham Dengan ilham itu aku berjaya
Aku merasa payah untuk menggenggam yang ini
Namun Engkau gantikannya dengan sesuatu yang aku mampu
Aku sudah boleh berdiri dari kelesuan
Walaupun masih belum sempurna derapan langkah
Ya Rasyid Engkau sentiasa bersamaku
Kepayahan itu tidak melemahkan 
Sebaliknya medium untuk Engkau Menguatkan hamba-Mu yang lemah Dan yang sentiasa longlai untuk melangkah
Apakah aku menyangka bahawa aku orang yang beriman Sedangkan belum lagi aku teruji!...

DIMANAKAH YG DIKATAKAN IMAN YG MENJADI KEKUATAN DAN PERMATA IDAMAN SETIAP MANUSIA

0 comments:

Post a Comment