~ AKU ADALAH AKU~

~ILMU PELITA HIDUP~YANG MENERANGI KEHIDUPAN~


Al-FATIHAH

Al-FATIHAH
Fidiyahkanlah Al-Fatihah kepada roh jujungan besar kita semua Nabi Muhammad Rasulullah (s.a.w) ,dan AL-Fatihah kepada ROH diriku Hasyirul Hamqa Bin Atan & seluruh muslimin muslimat mukminin dan mukminat..SEMOGA ROH KITA SEMUA DICUCURI RAHMAT OLEH ALLAH AZZA WA JALA

Monday, January 31, 2011

Wasiat Nabi Adam a.s.

WASIAT NABI ADAM (alaihi as-salaam)



Hati seseorang adalah petunjuk kepada suatu pekerjaan yang akan dilakukannya. Kerana itu sudah sepatutnya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakan. Kalau di rasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah. Sebaliknya kalau tidak, tinggalkanlah.
Menurut riwayat dalam kitab Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyah, bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anaknya dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia berpesan:
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu gelisah kerananya, makajanganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatikutelah bergoncang dan gelisah.
2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya. Kerana kalauaku lihat atau fikirkan tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidakaku makan.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang- orang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepadaku supaya jangan memakan buah yang terlarang itu

0 comments:

Post a Comment